Sumber : Murai.com
KUALA LUMPUR, 23 JUN 2012: Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.
Portal murai.com.my telah dilayangkan dengan beberapa foto Ras Adiba Radzi yang kini memilih imej botak sebagai penampilan terbarunya di kaca TV mahupun dikhalayak ramai.
Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Apa yang menarik, rambut di kepala Ras Adiba Radzi telah dipotong di salun A Cut Above oleh pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.
Sumber memberi tahu, Ras Adiba Radzi langsung tidak kisah seandainya tindakannya itu akan menjejaskan kerjayanya kerana apa yang lakukannya itu demi membantu golongan yang di dalam kesusahan.
Kempen Makna itu telah berjalan sejak sebulan lalu dan pihak berkenaan berharap agar kempen Jom Botak itu akan dapat memenuhkan tabung Makna sekitar RM50,000.
p/s : Moga apa yg dikorbankannya itu berbaloi..























erk...pelik la pulak rupenye kak hihihi...mcm2 laaa artis kite nie.....
ReplyDeletetujuan yg baik tapi takkan smpi botakkan rambut cam x sesuai je
ReplyDeletebetul kata kesuma tu...tujuan mmg baik, tapi tak sepatutnya sampai dibotakkan kepala tu...
ReplyDeleteadoi la...
Majlis Kanser suruh botak, laju aja buat..
ReplyDeleteTuhan suruh tutup aurat, sikit punya liat...
Semoga kita semoga diberi hidayahNya
ntah le kan, setahu saya le orang perempuan tak leh memotong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki lagi lagi la membotakkan kepala melainkan ada sesuatu yg memudaratkan.
ReplyDeletetapi kalau tak de benda yg memudaratkan. kenapa nak botakkan kepala? wallahualam..
aminnn semoga niat baik dia mendapat keberkatan ..
ReplyDeletesayang kalau dia bertudung lebih makna pengorbanan dia kan ;)
Botak pun sekejap dah boleh tumbuh... api itulah pengorbanan dia tu sukar kita nak dicontohi.
ReplyDeleteharap lepas botak ras adiba terbuka hati nk bertudung pula..nk buat kerja amal bnyk lg cara x semestinya botak kepala kot
ReplyDeleteBeramal dlm pelbagai cara....semoga tidak jatuh pd hukum yg lain pula disbbkan membotak kan kepala itu...
ReplyDeletedah macam orang Jepun pula tengok rupa dia macam ni kan...
ReplyDeletebaru rasanya tengok Ras Adiba jadi pengkritik kat ON AIR ada lagi rambutnya, tau2 dah botak la pulak. lepas ni sahut plak kempen tutup aurat ada sapa2 nak anjurkan? dengan target jualan tudung dan pakaian muslimah hasil jualan boleh gak sumbangkan pada pesakit kanser tu betul tak.
ReplyDeleteniat yg baik tp..
ReplyDeletebetul2.better dia bertudung rasa lbh elok drp botak camni...tp pape pun terpulang masing2.maybe cara camtu boleh buat dia rasa puas hati ke...
ReplyDeletemcm2 hal la deme nih.buat yg idak2 je..takyah smpai botakkan kepala pon boleh aih nk tnjuk tnda sokongan kempen..huh hape daa~
ReplyDeleteLuv,
cik ana
pakai tudung jer lerrr..tapi apa2 pun dia memang berani ler nak botak kepala.
ReplyDeleteperghhhh....haihhh nasib baik cunn! ;)
ReplyDeletebotak mcm ni biasa dh tgk orang pempuan buat. Kalo yg botak licin mcm kojek tu yg jarang2 ompuan melayu wat, heheh..
ReplyDelete