24 November 2012 (Sabtu)
Pepagi dah bangun sebab bersiap untuk menghantar anakku ke Seminar Syahdu di Kolej Kediaman Pendeta di UKM. Weols register sebelum cuti sekolah hari tuh dan dapat laa diskaun untuk 'early bird'. Memula tuh anakku biasa laa kan banyak betul laa alasannya tak nak pergi. Alhamdullillah setelah dipujuk baru laa dia nak pergi lagi pun bukannya lama 2 hari 1 malam jerk.
Seminar Syahdu di kendalikan oleh pendakwah terkenal Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami Ustaz Wan Akasyah. Registration bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Lepas daftar weols pun tinggalkan dia bersama² dengan budak² yang lain. Seminar ini dibuka untuk budak² berumur dari 10 hingga 17 tahun sahaja. Aktivitinya sungguh padat selama 2 hari ini.
Pada hari Ahad plak, sessi bersama ibu bapa dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang. Dengar ceramah dari Ustazah SNB memang syahdu sungguh hingga menitiskan air mata. Pada uols yang berminat nak hantar anak² ke seminar di masa hadapan boleh laa 'Like' FB Ustazah SNB info tentang kursus dan seminar akan datang akan diwar²kan disitu.
Banner di pintu masuk..
Pendaftaran di Kolej Pendeta Zaaba
Amboi tersenyum.. anakku..apa yang suka geli hati sangat tuh
Sesi bersama Ustazah.. Kredit FB Ustazah
Group foto.. tak sempat nak beli.. yang telah di print sebab dah abis..
Hari kedua.. sesi anak² bersama ibu bapa..
Ustazah Dato SNB.. sedang memberi ceramah..
Bergambar kenangan bersama Ustazah Dato..
Sebelum balik sempat laa bersalam dan laga² pipi gitu
p/s : Aduhai ngantuknyaa aku pagi nie..




























Seronoknya..klau ada rezeki akn dtg nk jgkla htr anak2 ke program2 mcm ni :)
ReplyDeletesemputtttttt
ReplyDeletehehehehehe... gurau senin ye...
Ustazah SNB nampak semakin kurus sekarang. :)
ReplyDeleteSemoga ada manfaatnya kursus tersebut, InsyaAllah.
baguihkan.. nanti dah besar sikit nak hantar dua orang budaktu proram gini..
ReplyDeleteamboi..nama seminar..SYAHDU! hihihihi..
ReplyDeleteMoga anak menjadi anak yg soleh dan berbakti..Aminnnn
ustazah ni kalo berkata-kata memang bisa menitikkan ayo mata
ReplyDeleteBestnya dapat join prgram macam ni..
ReplyDeleteSekarang motivasi melibatkan sama penjaga kakak rasa lebih baik pengisiannya sebab bila balik boleh diulang semula di rumah..
ReplyDeletebetul tu, ustazah SNB nampak makin kurus dan makin comeiii sekrg
ReplyDeletebagusnya dapat join. tapi kan T perasan la sebab ustazah ni nampak kurus kan sekarang. betul tak?
ReplyDeletebestnya sis rinna..bila anak dee dah besar sket bolehlah antar dia ke sini..
ReplyDeletePengisian bermanafaat untuk cuti sekolah.
ReplyDeleteBestkan dapat laga2 pipi dengan ustazah...
bagusnyer join program2 sebegini
ReplyDeleteBest laa kat KL ada seminar mcm ni. Kat sini tak nampak pun iklan dia. Kat Bentong ada tp kitorang lak tak balik minggu tu (bulan depan...tp bukan laa anjuran personaliti terkenal mcm ni, hehe)...ala2 summer camp gitu, 5hari 4 malam RM250...
ReplyDeleteSemoga Haikal dpt ilmu & manfaat dari program ni....
Staff kt ofis pn ada jugk hntr anak dia org kt sini.....
ReplyDelete