Ini adalah novel ke 4 hasil tulisan dari Hani Fazuha. Memula baca kisah
ini di blog penulis dah teruja untuk membelinya.
Ia mengisahkan tentang tentang Hakim biasa laa seorang yang hensem, kaya dan digilai ramai berkenalan dengan Raihana, seorang GRO kelas atasan. Raihana yang selama ini dididik dengan ajaran agama boleh terpesong akidahnya kerana tergoda dengan lambakan wang ringgit. Dia terjerumus didalam pekerjaan ini apabila diperkenalkan oleh seorang kawan. Tapi pada lelaki² yang nak kan perkhidmatan Raihana diberi syarat. Kalau nak tau kena laa baca.
Tapi lama kelamaan Raihana telah mendapat hidayah dan dia berhenti dari pekerjaan ini. Hakim yang selalu melanggan Raihana jadi tak senang duduk kerana terlalu rindukan Raihana dan selama 6 bulan cuba menjejaki Raihana. Sejak telah mendapat hidayah dia telah menukar penampilan diri dan bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat. Secara tak sengaja telah terjumpa dengan Hakim bila Raihana dan bossnya menghadiri satu mesyuarat. Dari situ Hakim memburu Raihana dan ajak dia kawin. Masalahnya Hakim telah pun ditunangkan dengan Nely. Jadi Raihana ni asik ngelat aje laa.. sampai satu hari Hakim nekad jugak nak kawin dengan Raihana dengan memerangkapnya.. Kalau nak tau apa Hakim dah buat.. Jom layan novel ini.. yer..
Sinopsis ~
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana
Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?
“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim
Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?
~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

























Hebat juga novel ni Rinna. Dah mulakan novel di hari raya ye:)
ReplyDeleteRasa-rasa kakak Hakim dapat juga menikah dgn Rihanna agaknya..
kak ade potensi nak di drama siri kan tak kak? tgk sipnosis mcm best, akak plak bagi bintang mmg terbaek....hope ade laa die buat drama ade can tgk kalo nak bace ni mmg tak sempat lieya ni kak....
ReplyDeletesy da lama x beli novel..ni yg terasa gatal je nk beli novel ni..nmpk best
ReplyDeleteSinopsis tu macam best jer...tapi tak sempat nak baca novel Skrang ni....
ReplyDeletewah..best nye klu diri dipujuk gitu. mula la rasa mc saham naik mencanak. ngeee
ReplyDelete