Mengisahkan Abby yang dalam keadaan terdesak terpaksa bekerja sebagai setiausaha di tempat kawan baiknya Diela yang kebetulan plak akan berhenti kerana nak berkahwin. Diela sebelum ini selalu jugak laa mengadu dengan Abby tentang garangnya boss dia Arrayyan Zainuddin. Sebab mak Abby sakit bekerja laa dia ditempat Diela. Memang selalu laa Arrayyan nie carik pasal ngan Abby. Abby nie seorang yang minah latah. Pernah kena jerkah dek Arrayyan sampai tertamparkan pipi Arrayyan. Selalu kena buli.. Dalam hati Abby selalu ngutuk bossnya.. Hantu Punya Boss.. Lama² Arrayyan terjatuh cinta dengan Abby. Macam² cara nak takel Abby.. Kalau nak tau lebih lanjut uols beli laa novel nie.. Suka satu statement dari Arrayyan.. bila dapat makanan.. mesti dia akan sebut 'Dap aaahhh'..bila baca senyum² jerk..
Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang
Sinopsis ~
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.
“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela
Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.
Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?























mesti lkawak kn? arghhh ni yg rs nk bc jg ni
ReplyDeleteAlahai teringin pula nak baca..
ReplyDeletenanti mesti masuk kat tvni... syioknyer kalau dunia gitukan... tiba2jer ada orang jatuh cinta kat kita tanpa mengira kekurangan kita.. ha.. ha.. itu feel masa muda2 dulu baca novel...
ReplyDeletemesti lawak citer ni. hahahaha
ReplyDeletesy sedang baca novel..actually, i love you...hehe, baru beli isnin hari tu..
ReplyDelete