Tahniah pada Prof. Datuk Dr. Mohd Amin yang bakal menerajui UM untuk
tempoh jangka masa 3 tahun...
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu berkuat kuasa 8 November ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tempoh pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga 7 November 2016.
Menurut kenyataan itu, pemilihan Dr. Mohd Amin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam aspek pembangunan akademik di universiti itu.
"Kementerian berharap pelantikan beliau dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan; kualiti staf akademi dan, kualiti mahasiswa; serta kedudukan di peringkat antarabangsa dan penjanaan pendapatan," katanya.
Dr. Mohd. Amin merupakan pakar dalam bidang perubatan 'Head and Neck' dan Otologi.
Dalam pada itu, kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UM sekarang, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon atas kepimpinan dan bakti beliau sejak dilantik pada 8 November 2008.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131030/dn_30/Dr-Mohd-Amin-dilantik-Naib-Canselor-baharu-UM#ixzz2jCLRxDLo
© Utusan Melayu (M) Bhd























ptof Amin yang baik dan selalu tersenyum....
ReplyDeleteWah terbaik ni hendaknyer
ReplyDeleteTahniah prof..... moga ada kebaikannyakan Rinna
ReplyDeletetahniah prof.. mesti ada sedikit pembaharuan lepas ni kan.
ReplyDeleteTahniah buat Prof Amin.. mesti dipilih dari yg terbaik.
ReplyDelete