Dah lama betul blog ini tak de N3 baru.. seperti yang dimaklumkan, aku sekeluarga pergi bercuti.. dan balik dari bercuti mood ke laut laa plak nak update N3.. so nie plan² laa aku citer ekk.. Dari 1 Nov hingga 5 Nov 2013, weols ke HongKong dan Sanchen, China. Percutian ini diuruskan oleh hubby aku melalui Koperasinya sejak awal tahun lagi..
1 November 2013 (Jumaat)
Memang tak lelap tidonya.. aku pada malam tuh.. sebab takut terlajak.. iye laa dah booking teksi pukul 5.30 pagi untuk hantar ke Bandar Tasik Selatan dan naik ERL dari sana ke KLIA. Memula tuh memang plan nak bawa kereta dan park kat Putrajaya Sentral tapi rasa tak sedap hati plak.. jadi tu yang naik teksi dan ERL aje.
Sampai di KLIA dalam pukul 6.40 pagi.. sempat la gi cari tempat solat untuk solat subuh. Dah setel gi laa beratur kat kaunter untuk cek-in bag.. tapi diberitahu flight delay.. sebab ada kerosakan. Mula laa penumpang dan termasuk weols nie bengang napa tak dimaklumkan awal. Iye laa tak laa weols nie tercongok seawal ini. Ingatkan delaynya tak de laa lama rupanya flight pukul 4 petang. Jadi weols semua di beri kupon sarapan pagi di McDonalds dan selepas sarapan ditransfer weols semua ke Empress Hotel untuk berehat dan makan tengahari.
Menunggu untuk dihantar ke Hotel
Ada 2 bas termasuk weols yang ditranfer ke Empress Hotel, Sepang
Bilik hotel yang sangat selesa tapi cuma dapat tinggal di sini selama 2 jam aje..
Makan tengahari..
Dalam pukul 2 petang weols berkumpul semula untuk ke KLIA dan terus ke balai berlepas tunggu disitu plak. Dah pukul 4 petang diberitahu flight delay lagi pukul 6.30 petang.. Adohai.. memang menyumpah semua penumpang. Dapat lagi voucher makanan percuma Burger King tapi tak sempat nak makan. Jadi weols bawa laa naik kapalterbang. Bila dah boarding.. weols kena tunggu dalam sejam dalam kapalterbang sebab menunggu co-pilot lewat sampai sebab terperangkap dalam jam.. memang dugaan betul laa. Weols dah kerugian satu hari.. iyelah sepatuthya.. flight pukul 9.45 dan sampai dalam pukul 12.30 tengahari... Akhirnya berlepas juga dari KLIA dalam pukul 8 malam dan sampai di Airport Hongkong dalam pukul 12.30 pagi. Pengalaman betul naik MAS dapat masalah gini..
Naik keretapi ke Balai Berlepas..
Ini makanan dalam kapal terbang.. Mee Blackpapar..
Seronok sebab dah naik kapal terbang..
Telah sampai di Airport HongKong..besar sungguh..
Weols di jemput oleh Benny dari travel agent
Naik coach ke hotel
Sedikit penerangan oleh Benny tentang aturcara esok..
Ini adalah bilik weols.. sepatutnya anak aku sebilik dengan Cik Roy ..
tapi dia tak nak..jadi katil nie dirapatkan laa..
Bilik air.. nya..
Ada 7 eleven gak kat HK nie
Hubby beli sim kad HK bernilai HKD68..boleh buat call dan berinternet..
























hi Kak,
ReplyDeletenk tnya masa akak pegi tu cuaca dia sejuk ke sbb sy akan pegi akhir bulan nov ni..so nk tau cuaca dia mcm mana so senang nk bawak baju apa nanti.
sy dpt rs kn betapa sengsaranya bila flight delay mcm ni kan kak... rugi $ satu hal...bdn penat pon satu hal...tp nk wat cm ne kan...
ReplyDeletenk tggu next entry! ;-)
@elle~ Cuaca kat HongKong sama je cam kat Malaysia..panas. Bawa je sweater incase kalau sejuk.. :)
ReplyDeletewah akak pi hk yeak...tak sabar tgu part disneyland...mesti sonok anak bujang akak kan...rindu plak lieya nak ke sane kak...
ReplyDeleteperghh... coti-coti obersee gitu....
ReplyDeleteJauh berjalan kali ni Rinna. Tak sabar tunggu next entri.
ReplyDeleteamboi kak. ke obersea tu. sure best ni.
ReplyDeletetpi tu lah pengalaman mula tu wat patah semangat je kan..
wow bestnyer dah sampai sana yerk.. tempat impian anak2 tu... ni duk tengok destinasi Ria ... tertanya2 bilalah episod HK... kalau dapat pergi sendiri lgler bestkan...
ReplyDeletewaa bestnyer jalan2 hong kong gitu...tambah jalan2 ngan family teringin jugak bawak anak2 kesana..
ReplyDeleteassalam..mesti banyak shooping kan?
ReplyDeleteYe lah kan...bila flight delay terlalu lama ni..kita selaku ahli rombongan yg dh teruja nk ikut apa yg dirancang tu jadi gerammm. Dh rugi masa...sbb kita perlukan masa itu kat destinasi tu.
ReplyDeleteTp...bila dipikir balik...itu adalah ketentuanNya...pasti ada hikmah.
ReplyDeleteFlight delay tu buat semua jadi gelabah kan...along kalau pi oversea x beli sim card coz nak rehat dan x nak gangguan..next nak pi Cambodia....tgh tunggu tiket murah
Sis.. Dapat gak tengok n3 percutian dari Hong Kong. Mak aii kecewa sungguh flight delay.. Selalu nyer MAS payah nak delay lama camgitu. Xpe la mesti ada hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteSis.. Nanti citer buget duit bercuti kat sana tau.