Sekarang ini sedang berlangsung pesta buku kat PWTC.. pada uols yang peminat
novel tegar boleh laa ke sana yer.. bermula dari 11 hingga 15 Disember ini.
Walaupun tak berapa banyak konflik dalam novel ini tapi ia dapat buat
aku tersenyum dan ada part yang boleh buat aku bergenang air mata..
Kalau nak tau citer selanjutnya leh laa dapatkan dari pasaran.. layan sinopsisnya yer..
Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang
Sinopsis ~
“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”
Dan dari situ segalanya bermula...
WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.
TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.
Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?
“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI
“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL
“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI
Tetapi bagi Aakif, sejak Wafa memakaikan songkok di kepalanya, hatinya mula bernyanyi-nyanyi lagu CINTA oleh XPDC. Wafa pula mula mengingkari wataknya sebagai pemegang watak cinta apabila Aakif sentiasa ada untuk menghulurkan sapu tangan tika dia bersedih.
Kala hubungan mereka makin menceriakan, Wafa tersentak dengan kenyataan yang apabila Aakif pulih, dia mungkin dilupakan. hati Aakif pula semakin keliru. Lagi-lagi harimau jadian juga sudah pandai berkecil hati.
Maka.. apabila ingatan Tengku Aakif Nawfal pulih kelak, siapakan yang akan menjadi pemilik cinta Tengku Aakif Nawfal yang sebenarnya?

























wah mcm mcm konflik kat sinopsis tu.
ReplyDeleteya allah...lamanya along x beli novel...
ReplyDeleteesok akn serang PWTC!
ReplyDeletenovel baru lagi yer !
ReplyDeletevery2 tenkiu for the stars n review utk PWC..terharu sgt! :)
ReplyDeleteCmner sye nk dptkn nvel ni eark??? N novel saya kenal syg saya???
Deletevery2 tenkiu for the stars n review utk PWC..terharu sgt! :)
ReplyDelete@Nurrul Shuada ~ wahh terharu laa jugak penulis sudi singgah sini..heheh.. and u r welcome.. so teruskan menulis yer..
ReplyDelete