14 November 2014 (Jumaat)
Lepas balik dari ofis bersiap² dan pack bag nak balik kampung. Jemput Kak Nyah dan Kak Yang yang join sekali balik. Bermalam di rumah Kak Imah dan esoknya aku ke Sg. Petani lepas Subuh.
15 November 2014 (Sabtu)
Singgah ke Pantai Merdeka.. Dulu pergi sebelah malam nie baru la nampak pantai dan laut. Ramai orang buat aktiviti berkhemah dan juga hari Keluarga.
Ini masa singgah makan di R&R Juru makan tengahari..
Di Pantai Merdeka..
Lepas tuh weols teruskan perjalanan ke Bukit Merah Lake Town Resort. Hubby dah booking bilik untuk bermalam. Weols guna Agoda. Kiranya bagus jugak laa booking melalui perkhidmatan nie. Plan nak mandi manda tapi cuaca tak mengizinkan sebab hujan turun lebat.. so weols lepak aje laa dalam bilik berehat.
Sebelah malam weols keluar ke jalan besar dan dekat dengan resort nie ada kedai makan. Not bad laa harga makanan kat situ berbaloi..
Bilik weols booking Superior je.. tak de breakfast..
Weols bawa laa Maggie Cup ngan Roti..
untuk sarapan pagi esoknya..
Bilik selesa.. sebab ada dah disediakan extra bed kat tepi tuh...
dan kat bawah bed single tuh ada lagi
tilam.. so kalau anak ramai masih lagi berbaloi
laa duduk kat bilik nie..
Bilik mandi ada bathtub..
Almari baju..
Weols makan malam kat luar dari resort.. 2 orang makan RM32
(Ikan Siakap sweet sour, daging
goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam campur dan nasi putih)
Anak aku makan chicken cop..
Esoknya weols check-out.. weols terus ke Ipoh sebab teringin lagi nak makan nasi ganja.. So singgah laa di sini untuk makan tengahari.. Masa sampai je ramai dah beratur. Kalau uols tak nak beratur pun tak per.. masuk kedai cari tempat duduk.. nanti dia orang akan datang ambik oder.
Kedai Nasi Ganja Yong Suan..
Berselera yer bang.. sedap ekk..
Nasi Ganja.. main menu nya.. ada ayam goreng merah,
sambal kelapa, telor asin..
Paling aku suka Teh Ais nya.. sedap..
Dah kenyang makan weols terus kembali ke kampung.. dan tido lagi 2 malam di sana. sebelum balik ke Kuala Lumpur.




































terliur tengok nasi ganja tu..the one and only kat Ipoh tu kan?
ReplyDeleteSy rinduuuuuuu pantai merdekaaaaa
ReplyDelete