Aku jarang sebenarnya membaca novel keluaran dari Jemari Seni
Tapi sebab banyak review mengatakan novel nie best so masa
gi pesta buku di PWTC aku beli laa novel ini.
Yang bestnya tentang novel ini ialah anak orang asli yang cantik iaitu Jasmin
yang lari dari perkampungannya.. tetiba dilanggar oleh Arif Farhan..
Jasmin telah dibawa balik ke rumah dan keluarga Arif menjadikanya adik angkat
dalam keluarganya dan di groomnya si Jasmin..oleh ibunya.
Lama² Arif jatuh cinta laa plak..
so nak tau citer.. kena laa baca...yer
Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang
Tiada manusia yang terlalu suci sampai tiada masa silam, tiada manusia yang terlalu berdosa sampai tiada masa depan.
Arif Farhan dan Jasmin, takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tak terduga. Mereka mengharungi detik dan waktu bersama-sama. Dari hutan ke pulau… dari pulau ke bandar. Tanpa sedar, mereka jatuh cinta.Namun, banyak perkara perlu ditempuh. Cinta bukan mudah bagi mereka berdua meski sentiasa bertemu. Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah saling memendam perasaan antara satu sama lain.
“Dia adik I. Adik tetap adik. Sebagai abang, I cuma nak pastikan dia dapat yang terbaik. Tak lebih daripada itu.” ~ Arif Farhan
“Dia kesian kat aku. Orang macam dia, takkan nak jatuh cinta dengan aku. Kalau dia nak jatuh cinta, dari dulu lagi dia dah jatuh cinta dengan aku. Tapi, dia tak pernah kata apa-apa pun…” ~ Jasmin.
Hidup ini, kadang-kadang… lain yang dirancang, tapi lain pula jadinya. Sukar menduga hidup apabila takdir Maha Esa lebih bijak mengatur hidup kita.

























wah..memang mcm best..nak gie cari la. tq for sharing!!
ReplyDeleteKakak tak pernah pergi pesta buku di PWTC tau Rinna. Ini mesti banyak Rinna borong tu yg macam-macam novel keluar..
ReplyDelete