Assalamualaikum..

Pada 18 April 2015 telah diadakan Hari Keluarga TNC (P). Pada hari ini juga diadakan penyampaian hadiah pada anak² staf yang cemerlang dalam peperiksaan dan juga pada staf yang berjaya dalam pelajaran maksudnya yang belajar sambil bekerja dan beroleh degree ataupun diploma. Disamping itu dapat bersama² dengan keluarga masing² dan dapat mengeratkan silaturrahim antara staf.
Aku adalah diantara yang dilantik sebagai ajk bersama dengan yang lain untuk merealisasikannya.. Alhamdullillah Hari Keluarga ini berjalan dengan lancarnya.. Masing² memberi pendapat yang mereka amat berpuashati kerana makanan yang disediakan juga memenuhi citarasa semua. Lokasi tempat weols buat majlis nie kat dalam kampus nie.. dekat padang berdepan dengan Fakulti Undang-Undang.
Antara makanan yang disediakan adalah Set Nasi Beraini, Cendol, Mee Goreng, Pisang Cheese, Satay, Kambing Golek, Popcorn, Laksa, kek bermacam jenis, Air ada lapan jenis, teh tarik, putu bambu world.
Pada hari tersebut setiap staf yang hadir dapat cabutan masa pendaftaran bersama dengan payung. Memang berbaloi² dan jika bernasib baik dapat lagi cabutan bertuah yang diadakan di atas pentas.
Tak nak citer banyak² jom layan gambar yang ada nie.. yer..
Aku dan beberapa orang staf yang incharge untuk beli hadiah..
Persiapan membalut hadiah..
Meeting terakhir sebelum majlis..
Di padang berdepan dengan Fakulti Udang-Udang..
Antara hadiah² yang disediakan..
Gerai makanan yang ada..
Weols AJK yang mengikut tema Biru dan Putih..
Bersama AJK Pendaftaran
Hubby dan Mahmud suami Wanie..
Cabutan bertuah.. masa pendaftaran dapat laa yang ini..











































buat di mana ni kak
ReplyDelete