Assalamualaikum..
Memang susah nak berhenti bila baca buku nie.. nak tau apa kesudahannya.. hans ngan bad dua2nya ego.. baca novel nie sempat gak laa airmata aku meleleh.. sanggup bad takle han. sampai han jatuh cinta pas tu malam pertama sanggup nak ceraikan sebab nak balas dendam.. eei geram ngan bad nie.. dlm sibuk nak cerai ngandung jugak han nie.. lepas beranak leh lak bad jatuh cinta. masa nie dok sibuk plak nak goda han.. tapi aku kesian kan kawan baik han si benji yg dah lama syok ngan dia x dpt tawan hati han.. sbb.han mmg dah jatuh cinta ngan bad si.playboy nie.. Han nie.sorang anak yg x dpt kasih sayang dari ibu ayah sebabkan dia nak yg x cantik macam along dan adiknya.. walaupun dilayan dgn buruk masih lagi hormat kan keduanya..
Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang
Sinopsis ~
Hannissa Amsyar mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.
Lihat sahaja penampilan dirinya...memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih!
Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?
Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khalayak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!























tajuk mcm familiar jek kan kak....
ReplyDeletehope didramakan leee....tu je laa lieya tgu hahahahhah
mmg suka baca novel..selalu berbuku2 pinjam kat adik ipar
ReplyDeletebila dh start baca tak nak berhenti huhuhu
sedap juga yang ini..
mmg suka baca novel..selalu berbuku2 pinjam kat adik ipar
ReplyDeletebila dh start baca tak nak berhenti huhuhu
sedap juga yang ini..