Assalamualaikum..
Hari Sabtu lepas aku pergi ambik anak kat asrama dia bawa balik sebab nak siapkan tugasan Geografi PT3 dia.. Jadi sebelum balik tuh weols singgah laa kat Sg. Wang sebab nak buat cermin mata untuk dia.. Pernah buat cermin mata untuk dia dulu tapi hilang laa plak.. susah betul nak suruh dia pakai cermin mata.. katanya hilang macho.. sabo je laa..
Weols pergi kat Sg. Wang sebab pernah viral kat internet yang kat sini nak buat cermin mata murah. Iye laah selalunya kos nak buat cermin mata mesti lebih kurang dalam RM500 gitu.. untuk sepasang kan.. Kat sini boleh dapat RM65 lens ngan framenya sekali. Ada kedai sebelah tuh RM80 frame ngan lens sekali.. so korang pilih laa nak pergi kedai yang mana. Satu lagi cermin mata korang boleh siap dalam masa 2 jam pada hari yang sama.
Cermin mata anak aku tak boleh siap pada hari yang sama sebab anak aku punya silau tinggi jadi kena order cermin lain.. dan dia orang tak de stok. jadi cuma siap dalam hari Selasa gitu.. Weols kena bayar RM65 + special cermin silau RM80 = RM145 dan yang aku punya plak RM65 + nipiskan cermin = RM135 so weols bayar RM280 sahaja untuk 2 cermin mata.. Murah kan.. jimat pun jimat kalau rasa² nak tukar lain.. pergi je buat yang lain plak..
Ramai orang kat kedai nie.. kat kedai sebelah pun ramai gak..
korang pilih laa frame yang korang nak dulu pas
tuh test mata.. dalam 2 jam siap..
Murahkan utk 2 cermin mata nie..























Murah betul tu kak. Siqah buat spec mata yang nie dah RM850 sekali bingkai. Huhu.. Tq kak for sharing.. Nak terjah cuma jauhnya la hai sg wang..
ReplyDeleteNi pun nak buat utk hubby...bole la singgah kedai ni nnti
ReplyDeleteSelamat hari raya...