Pada malam Sabtu, 31 Ogos 2013 yang lalu, lorong kat rumah aku seperti biasa buat majlis sambutan hari raya. Jadi sebelum majlis diadakan rewang untuk menyediakan juadah untuk dimakan. Rewang bermula dari pukul 3 petang, lewat sikit sebab petang tuh hujan turun lebat. Aku datang laa tolong² jiran² perempuan yang lain.
Menu yang disediakan adalah Nasi Arab Daging, Nasi Impit, Kuah Kacang, Ayam Goreng BerempahMeehoon Soto dengan Buah²an. Yang lain seperti pencuci mulut tuh potluck pada sesiapa yang nak bawa tuh..
Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancarnya..
Penyediaan Ayam rebus sebelum disiat jadi rencah untuk meehoon soto
Para ibu² memasak dan para bapa² memasang khemah..
Berbual² sambil menunggu jemaah dari surau
Selain keluarga yang ada lorong.. dijemput juga ahli jemaah
surau..untuk sama² menjamu selera
Ini lah nasi Arab Daging..makan dengan sambal ijo, yogurt dan salad
Desert dalam periuk ini mak aku yang buat yang dinamakan Putri Mandi
Dalamnya ada pisang, isi kelapa mula, dan tepung pulut (yg telah diuli dan direbus dulu)
Sedap.. suka orang² kat situ makan..






























Esok hari tearkhir bulan raya tapi rasanya masih ada makan2 lagi kot walaupun bukan bulan raya.
ReplyDeletekak kalau keluarga T, puteri mandi tu cuma ada tepung pulut je dalamnya tu.
ReplyDeleteorang banjar panggil : "Wadey Kepeng"
MERIAHNYE KAK....seronok tgk kesepakatan mereka semua...masak2 same2....menu pun sedap2 hah...mcm2 ade....
ReplyDeleteni mmg aktiviti wajib tiap tahun kan kak?...bagus dikekalkan aktiviti ginie....