KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki
kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya,
Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah
dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem
Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan
yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima
bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi
melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut
dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada
keluarga kedua-dua belah pihak.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting
si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor
dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi,
Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak
lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan
seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu
Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa
drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi
Sumber : Cari.com
p/s : Tahniah Elly.. Moga kekal hingga ke jinjang pelamin..

































amboi meriah betoi tunang hehehhe :)
ReplyDeleteerkk..tunang je pn kan tapi gila gempak dan meriah la !
ReplyDeletesemoga kekal... amin
ReplyDeleteoooo mak ai... meriahnya bertunang
ReplyDeletemacam kawen ajer....semoga berbahagia...dia ni acting bess gak
ReplyDeletewow cantik nyer baju elly macam majlis kawin lagi tapi yg pasti memang ramai artis lain jeles uuuu
ReplyDeletesuke tgk dia acting .. akhirnya bertunang juge .. ermm jodohnya dgn dudeee .. teruna2 skrg nie x best agaknye ekekke :))
ReplyDeleteelly dh kawen!!TIdaaak!!!hehe.. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
ReplyDeleteThe bride sure is one real beautiful lady. She's gorgeous!
ReplyDeleteI enjoyed looking thru the well taken pics here.
Have a great week and keep a song in your heart.
Lee.
mak oii...bertunang mcm nak kawin..
ReplyDeletewoh majlis dia. dahsyat!!! kawen nt cmne la agaknye kan?
ReplyDelete