Kredit : Oh Bulan.com
Perkahwinan senyap-senyap. Tiba-tiba sahaja nama Cheryl Samad disebut-sebut ekoran melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan pihak media. Memang sah, Cheryl Samad telah pun melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bernama Ng Ping Ho.
Kami tidak pasti, adakah rakan-rakan Cheryl seperti Faizal Ismail & Ally Iskandar turut dijemput bersama. Mereka bertiga kerap digandingkan bersama dalam acara besar seperti Anugerah Juara Lagu.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di Holiday Villa, Subang benar-benar mengejut pihak media. Ada yang terasa hati kerana tidak dijemput. Iya’lah, segelintir pihak media memang mempunyai hubungan yang rapat dengan Cheryl.
Tarikh perkahwinan pada 30 April menjadi pilihan Cheryl Samad & Ping. Pada hujung minggu berkenaan, turut berlangsungnya majlis pertunangan Zahiril Adzim & Shera Aiyob pada 1 May.
Apa pun, kami doakan Cheryl Samad & Ping bahagia sampai ke akhir hayat.
p/s : Selamat Pengantin Baru untuk kedua pasangan ini.. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Amin. Senyap² jer nikahnyaa.. dah dekat seminggu baru laa confirmed yang Cheyrl dah nikah..
























klu sy jd artis yg femes, sy pun nak rahsiakan perkahwinan sy.. :)
ReplyDeletedia taknak kecoh2 n taknak publisiti kot ;)
ReplyDelete