Okey seperti yang aku bagi tau semalam..
aku ke UNIKL.. ada
Forum JOM U TURN.
Ahli panel yang dijemput adalah
Sham Kamikaze
Ringgo Arrow
Catriona Ross
Aku sampai di BMI dalam pukul 8.30 malam. Mula² sampai tuh tengok dewan yang ramai cuma student perempuan aje. Kerusi di bahagian tempat duduk lelaki banyak lagi yang kosong. Iye laa semalam kan orang² lelaki kebanyakkannya tengok bola samada di Stadium atau pun di TV. Tapi dalam lebih kurang pukul 9.15 malam tengok tempat duduk dewan hampir penuh dah.. Lebih kurang 1000 orang yang telah hadir.
Forum dimulakan pada pukul 9.30 malam. Moderator yang mengendalikan Forum ini adalah Ustaz Kamal yang juga penasihat pada pelajar² di sini.
Sham Kamikaze menceritakan bagaiman kisah dia mula² mendapat taufik dan hidayah.. Rasanya ramai yang telah lihat video pengakuannyaa di YouTube. Dia juga sempat main gitar dia malam tadi. Datang plak ke Forum semalam dengan berjubah. Curlast gitu. Isterinyaa pun adalah orang yang selalu mendoakan agar dia berubah. Dia juga kata sebelum mendapat hidayah ini dia jarang² sangat solat. Bangun tido pun pukul 2 petang. Dia bersyukur sangat kerana dia telah mendapat taufik dan hidayah dari Allah.
Catriona Ross plak menceritakan kisah hidup dia. Dia yang dulunyaa seorang pelajar sekolah Agama di Kota Bahru Kelantan. Ibu dia memang seorang yang kuat beragama jugak..laa. Dia kata dulu masa sekolah pakai tudung labuh sampai lutut. Dia marah dan rasa down bila dia bersekolah di situ hingga laa dia bersekolah disitu sampai tingkatan 3 pas tuh dia tukar sekolah masuk sekolah seni kalau tak silap. Dia dulu pernah pakai
'hair extention' dan dia rasa sedih sangat akan keadaan dia masa tuh.. dan lepas masa excident dulu pun doktor pernah cakap kaki dia yang patah dulu susah untuk sembuh dan dia mungkin susah untuk mendapat zuriat. Tapi syukur alhamdullillah dengan berkat doa dan semangat dia bangkit dan dia mendapat hidayah memakai tudung semasa menemankan kawan dia pergi beli tudung di sebuah butik.. Di butik tuh dia sempat menyarung satu tudung.. tuh tiba² dia kata mendapat satu aura. dan tangan dia mengigil..lalu ditanggalkan tudung itu.. Lepas dari itu dia mula memakai tudung dan dia rasa.. sejak bertudung nie hati dia makin tenang dan sapa kata yang bertudung ini tak boleh bergaya.
Ringgo Arrow.. mendapat hidayah apabila didatangi seorang hamba Allah. Mula² tuh dia rasa macam tak suka sebab nak lecture dia..tapi lama² katanya apa yang diberitahu itu dapat diterima.. dan dia rasa dah sampai masa dia berubah. Sekarang ini katanyaa ramai dari kenalan dia dari Ustaz². Dia pun ada CD baru yang lagu²nya dari segi ketuhanan. Semalam sempat laa dia menyanyikan sedikit dari lagu baru dia..dan petikan dari lagu lama dia. Sham Kamikaze main gitar dan dia nyanyi. best giler..suara dia.. tak pecah langsung.
Abis forum dalam pukul 12.15. Biasa sesi bergambar dengan pelajar². Pas tuh gi minum di cafe dengan d'ols nie semua. Aku gerak balik dalam pukul 12.50 dan sampai di rumah dalam pukul 1.20. Solat Isyak pas tuh gosok baju.. dan tido dalam kul 2 pagi.
Pagi nie mata ngantuknyaa.. maklumlaa pagi tadi plak hujan turun dengan lebatnyaa.. makkaaiihh sedappnyaa kalau dapat tarik selimut.
Aku ada gak tanya hubby napa tak panggil dia orang semua buat hari Jumaat malam. Dia kata susah nak dapatkan dia orang nie jadual penuh sentiasa. Dan alhamdullillah dapat gak dia orang nie datang semalam.
Cat semalam siap cakap ingatkan yang datang dalam 40 orang aje.. iye dia ingat sebab ada bola. tengok² ramai betul yang datang.. dia gembira sangat.
Cat sedang menceritakan kisahnyaa..sampai menitiskan
air matanyaa..
Antara student yang hadir.. penuh dewan..
Aku sempat bergambar dengan isteri Sham Kamikaze..
Cantik orangnyaa..
Hubby bersama Moderator.. Uztaz Kamal.. Best sangat
dia jadi perantara. Kelakar pun ada.. Kiranyaa berkawan
baik gak ngan my hubby
Sempat lagik beli CD Ringgo Arrow. Beli dua RM20 aje
Bersama dengan Catriona Ross.. Cantiknyaa dia..
kebetulan sama plak warna pink
Sham Kamikaze dan Hubby
Hubby dengan AJK dan Penal Jemputan
Dekan dan Panel bersama Commitee perempuan
Bergambar bersama Committee Lelaki























Wah.. bestnya dpt bergmbr ngan catriona.. saya tak pg..alma tk pernah kuar mlm2 lagi..jeles2..hehehe
ReplyDeletecatriona tu tak makeup sgt
ReplyDeletelagi cantik kan...
alhamdulillah dia dah berubah
harap2 yg lain pula ikut kemudian
bestnya diaorang dpt hidayah dari allah s.w.t..moga kita pon dpt iktibar dr kisah mereka..:)
ReplyDeletesyukur mereka di beri hidayah .. mcm artis2 nie bila berubah , mereka berubah betul dan kurangkan xtvt nyayian dan lakonan .. kita nie org2 biasa nia .. cakap je berubah trapi still buat2 perkara2 yg menyakitkan hati ..
ReplyDeletededah sana sini tapi bertudung huhuhuh sedih !