Tahniah Mawi dan Ekin dikurniakan anak perempuan..
sebagai penyeri rumahtangga yang telah terbina selama 3 tahun..
Kredit : Murai.com
KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2012: Tiada yang lebih menggembirakan hati buat penyanyi Mawi apabila dia dan isteri, Ekin telah selamat dikurniakan cahaya mata sulung perempuan hari ini.
Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.
"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahayamata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.
"Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya kepada portal murai.com.my.
Berkongsi cerita mengenai proses kelahiran itu, kata pelantun lagu Kian itu lagi, isterinya telah pun ditahan di wad bersalin sejak semalam.
"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.
"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.
"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.
Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.
Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.
"Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur. Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.
Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.























tahniah mawi & ekin....bessnyer dpt baby
ReplyDeletemesti cute bb dieorg kan......alhamdulillah penantian telah berakhir....dpt jugak dieorg zuriat.....mesti name glamer ni nanti heheeheheh
ReplyDeleteTahniah buat mereka...
ReplyDeletetahniah buat mawi. hmmm.. lama gak noh nak dapat baby. mesti best gilerrrr dia ni.
ReplyDeletetak sabar lak nak tgk anak mawi ni...
ReplyDeletetahniah utk dorang...
akhinya kan...tahniah utk dorang...
ReplyDeletetahniah utk mereka berdua
ReplyDeletetahniah untuk mawi dan ekin.. sudah lama menunggu pasti gembirakan...
ReplyDeletetahniah buat mereka berdua
ReplyDeletemauu x gembira .. dah lama menanti kan
nak2 dah gugur 2 kali .. syukurr ;)
finally... =)
ReplyDeleteBiasalah...utk eksklusif, kan..hehe..
ReplyDelete