
Ini 1st time aku baca novel penulisnya lelaki.. not bad laa citer pun best..
jarang jumpa penulis lelaki.. selalunyaa perempuan aje.. :)
Kredit ~ Aku beri 4.5/5 bintang..
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
“Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam???” tanya Iskandar sendirian. Persoalan yang sangat merumitkan. Dia tersekat di antara rasa sayangnya pada Rudiana dan setiakawannya pada Khairulnizam. Dua-dua sama penting di dalam hidupnya. ~ Iskandar
“Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi,” ~ Iskandar
Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksankan kau bagai bulan. Akan ku nanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau laksana bulan di mataku. Walaupun wajahmu tidak seindah bidadari dari syurga, namu seri wajahnya terlalu indah di setiap mata halus yang memandangmu. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam
Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta. ~ Rudiana
Ya, memang dia tidak sanggup melihat ada cinta lain menghuni hati Iskandar. Sementara cintanya masih hidup di hati Iskandar, lebih baik dia meraih kembali cinta itu. Risiko merebut cinta dan meraih cinta adalah berbeza. Merebuat cinta bergantung pada peluang dan nasib. Meraih cinta bergantung pada hati. Dan dia yakin jika kasih Iskandar masih ada untuknya, lelaki itu pasti akan menjadi raja dalam hidupnya. ~ Amanina

























betul tu. ahadiat akashah je penulis lelaki yg T tau.
ReplyDeletetapi kan... cucoq bawang tu kalau minum ngan ayaq kopi pepetang. memang asyikkkkkkkkkkkkkk
alamak kak...tajuk novel siyes best...buat org teliur jek hahaahahahah...dasar kuat makan kan lieya ni ....tapi betul kak, comel jek tajuk novel tu...sipnosis pun mcm menarik nieh....
ReplyDeletesaya dah baca novel ni..memang best...
ReplyDeletemesti best kan...
ReplyDeleteTajuk buku dh buat rs nk makan cokodok...... :)
ReplyDelete