Assalamualaikum..
Selalunya kalau aku nak beli novel aku akan review dulu tentang novel
ini dari blogger yang telah pernah baca. Tapi masa aku beli novel
ini.. aku tak sempat nak baca lagi review tentangnya. Sebab
tertarikkan covernya.. tuh yang aku. beli. Nasib baik juga laa
jalan citernya pun best dan santai jerk..
Kisah mengenai Megat Zafril dan Nea yang cuba dijodohkan oleh
mak-mak masing². Sampai siap plan pergi bercuti ke Langkawi.
Memula tuh memang jual mahal laa masing² sampai si Megat citer kat
mak dia yang Nea nie gedik dan Nea plak citer kat mak dia yang
Megat nie membosankan. Tapi iye laa kan tak kenal lebih
dalam mana nak tau hati budikan.. Lama² jatuh cinta masing²
tapi segan nak berterus terang.. Kalau korang nak tau
kisah selanjutnyaa.. beli laa novel ini di pasaran yer..
Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang
Sinopsis ~
Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba saja jatuh berkenan pula.
Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! Kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing.
Namun kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedang dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
“Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita.” Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya?
“Abang rasa macam mana?”
“Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang.” Megat Zafril mula buka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah.
“Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan kerenah mereka ni.”
Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunnga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga?

assalam rinna..lama dah acik tak beli novel
ReplyDeleteseronok cerita ni yer !
ReplyDeletekalau dah ada suami, bekas bekas semua tu tak yah layan Nea oi..
ReplyDeleteecewah.. mcm la Nea tu ada kat sebelah. hiksss
jeles tau ngan sis..ada masa baca novel..huhu..
ReplyDeletemenarik...kena cari ni..
ReplyDeleteassalam, kalau novel memang berlambak kat rumah ni..tapi anak yg no 2 tu jer yg minat..
ReplyDeleteLebih kurang ada satu novel yg kakak baca tempohari tapi lupalah pulak tajuknya. Memula tak setuju sebab pilihan ibu tapi lama-lama jadi sayang.
ReplyDeleteOh ye... tajuk dia Pilihan Mama...
Cinta tiga segi la ni kak....heheheheh....
ReplyDeleteBetul tu kak, kalo cover menarik mmg kite tergoda nak beli kan kak
tengah layan juga novel sekarang...
ReplyDeletehrumm...akak tak rasa jemu ke...jalan cerita sama je..baik novel..mahu pun kat tv..walaupun jalan ceritanya best.. :)
ReplyDelete