Assalamualaikum..
Apa yang boleh aku katakan citer nie Owhsome sangat dari penulis Suri Ryana..selepas citer MAID.
Dianal Lee yang digelar samseng dan kerek oleh Bella bila terserempak dengannya di airport.
Mungkin dah dinamakan jodoh.. bertemu lagi dengan Danial Lee yang kebetulan plak CEO tempat kakak Bella bekerja. Bella juga telah diminta oleh kak longnya itu untuk membuat Kimchi untuk bossnya dari Korea ini. Danial Lee juga kebetulan lagi pernah menjadi bekas kekasih arwah KakNgahnyaa.. Maya. Lagi kebetulan plak masa menjemput Uminyaa di airport bertemu lagi ngan Danial Lee yang juga menjemput ayahnya dari umrah.. Memang dah dinamakan jodoh oleh sebab terjadinya satu insiden mereka telah dinikahkan.. walaupun pada mulanya masing² menolak akan jodoh yang telah ditentukan ini.
Memula mmg tak suka tapi lama² masing² terjatuh cinta antara satu sama lain.. Memang melting laa bila Danial Lee nie menunaikan impian Bella yang telah ditulisnya pada masa umurnya 18 tahun dulu.. Romantik abis Danial Lee nie..
Memang best laa korang layan laa novel nie..mmg tak rugi membelinya.. boleh baca lagi nie.. :)
Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..
Sinopsis ~
Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.
Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.
Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.
Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?
“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”























alamak kak...tajuk best...sipnosis pun best...bygkan kalo di dramakan sure berlatar belakangkan korea....kompem leh meletop nieh heheheeh..
ReplyDelete