Assalamualaikum..
Yaya nie mmg dah crush ngan Fariq sejak U lagi.. tetiba plak boleh tersatu ofis ngan Fariq.
Cam na dia org kawin korang kena baca laa..
Citer nie best jugak sampai boleh bergenang laa air mata aku..nie bila Yaya nie sanggup cari semula kekasih lama Fariq Hatta dan sanggup plak bagi Fariq nie kawin ngan bekas kekasihnya.. Oleh kerana dalam keluarga Fariq tidak boleh bermadu jadi Yaya mengundur diri. Mmg sedih laa masa nie..
Citer mmg happy ending laa.. kalau nak tau korang kena laa baca.. :)
Kredit ~ Aku beri 4.9 bintang
Sinopsis ~
Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya.
Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik.
Rupanya, ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu.
“Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela.
“Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini.
“Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi.
“Rindukan Yaya.”
Apa sebenarnya misi penting Fariq Hatta? Dan mampukah mereka bertahan hidup begitu di bawah satu bumbung sedang di hati mereka sudah wujud satu rasa bernama cinta?























bc sinopsis je da rs nk nangis ni kak ;-)
ReplyDelete