Friday, July 29, 2011

Cerita Forum Jom U-Turn Lagi

Okey seperti yang aku bagi tau semalam.. 
aku ke UNIKL.. ada 
Forum JOM U TURN.

Ahli panel yang dijemput adalah
Sham Kamikaze
Ringgo Arrow
Catriona Ross

Aku sampai di BMI dalam pukul 8.30 malam.  Mula² sampai tuh tengok dewan yang ramai cuma student perempuan aje.  Kerusi di bahagian tempat duduk lelaki banyak lagi yang kosong.  Iye laa semalam kan orang² lelaki kebanyakkannya tengok bola samada di Stadium atau pun di TV.  Tapi dalam lebih kurang pukul 9.15 malam tengok tempat duduk dewan hampir penuh dah.. Lebih kurang 1000 orang yang telah  hadir.

Forum dimulakan pada pukul 9.30 malam.  Moderator yang mengendalikan Forum ini adalah Ustaz Kamal yang juga penasihat pada pelajar² di sini.

Sham Kamikaze menceritakan bagaiman kisah dia mula² mendapat taufik dan hidayah.. Rasanya ramai yang telah lihat video pengakuannyaa di YouTube.  Dia juga sempat main gitar dia malam tadi.  Datang plak ke Forum semalam dengan berjubah. Curlast gitu.  Isterinyaa pun adalah orang yang selalu mendoakan agar dia berubah.  Dia juga kata sebelum mendapat hidayah ini dia jarang² sangat solat.  Bangun tido pun pukul 2 petang.  Dia bersyukur sangat kerana dia telah mendapat taufik dan hidayah dari Allah.

Catriona Ross plak menceritakan kisah hidup dia.  Dia yang dulunyaa seorang pelajar sekolah Agama di Kota Bahru Kelantan.  Ibu dia memang seorang yang kuat beragama jugak..laa.  Dia kata dulu masa sekolah pakai tudung labuh sampai lutut.  Dia marah dan rasa down bila dia bersekolah di situ hingga laa dia bersekolah disitu sampai tingkatan 3 pas tuh dia tukar sekolah masuk sekolah seni kalau tak silap.  Dia dulu pernah pakai 
'hair extention' dan dia rasa sedih sangat akan keadaan dia masa tuh.. dan lepas masa excident dulu pun doktor pernah cakap kaki dia yang patah dulu susah untuk sembuh dan dia mungkin susah untuk mendapat zuriat.  Tapi syukur alhamdullillah dengan berkat doa dan semangat dia bangkit dan dia mendapat hidayah memakai tudung semasa menemankan kawan dia pergi beli tudung di sebuah butik.. Di butik tuh dia sempat menyarung satu tudung.. tuh tiba² dia kata mendapat satu aura. dan tangan dia mengigil..lalu ditanggalkan tudung itu.. Lepas dari itu dia mula memakai tudung dan dia rasa.. sejak bertudung nie hati dia makin tenang dan sapa kata yang bertudung ini tak boleh bergaya.

Ringgo Arrow.. mendapat hidayah apabila didatangi seorang hamba Allah.  Mula² tuh dia rasa macam tak suka sebab nak lecture dia..tapi lama² katanya apa yang diberitahu itu dapat diterima.. dan dia rasa dah sampai masa dia berubah.  Sekarang ini katanyaa ramai dari kenalan dia dari Ustaz².  Dia pun ada CD baru yang lagu²nya dari segi ketuhanan. Semalam sempat laa dia menyanyikan sedikit dari lagu baru dia..dan petikan dari lagu lama dia. Sham Kamikaze main gitar dan dia nyanyi. best giler..suara dia.. tak pecah langsung.

Abis forum dalam pukul 12.15.  Biasa sesi bergambar dengan pelajar².  Pas tuh gi minum di cafe dengan d'ols nie semua.  Aku gerak balik dalam pukul 12.50 dan sampai di rumah dalam pukul 1.20.  Solat Isyak pas tuh gosok baju.. dan tido dalam kul 2 pagi.

Pagi nie mata ngantuknyaa.. maklumlaa pagi tadi plak hujan turun dengan lebatnyaa.. makkaaiihh sedappnyaa kalau dapat tarik selimut.

Aku ada gak tanya hubby napa tak panggil dia orang semua buat hari Jumaat malam.  Dia kata susah nak dapatkan dia orang nie jadual penuh sentiasa. Dan alhamdullillah dapat gak dia orang  nie datang semalam.

Cat semalam siap cakap ingatkan yang datang dalam 40 orang aje.. iye dia ingat sebab ada bola. tengok² ramai betul yang datang.. dia gembira sangat.



 Cat sedang menceritakan kisahnyaa..sampai menitiskan 
air matanyaa..


 Antara student yang hadir.. penuh dewan.. 


 Aku sempat bergambar dengan isteri Sham Kamikaze.. 
Cantik orangnyaa..

 Hubby bersama Moderator.. Uztaz Kamal.. Best sangat 
dia jadi perantara.  Kelakar pun ada.. Kiranyaa berkawan 
baik gak ngan my hubby


 Sempat lagik beli CD Ringgo Arrow. Beli dua RM20 aje


 Bersama dengan Catriona Ross.. Cantiknyaa dia..
kebetulan sama plak warna pink


Sham Kamikaze dan Hubby 


 Hubby dengan AJK dan Penal Jemputan


Dekan dan Panel bersama Commitee perempuan


Bergambar bersama Committee Lelaki







4 comments:

  1. Wah.. bestnya dpt bergmbr ngan catriona.. saya tak pg..alma tk pernah kuar mlm2 lagi..jeles2..hehehe

    ReplyDelete
  2. catriona tu tak makeup sgt
    lagi cantik kan...
    alhamdulillah dia dah berubah
    harap2 yg lain pula ikut kemudian

    ReplyDelete
  3. bestnya diaorang dpt hidayah dari allah s.w.t..moga kita pon dpt iktibar dr kisah mereka..:)

    ReplyDelete
  4. syukur mereka di beri hidayah .. mcm artis2 nie bila berubah , mereka berubah betul dan kurangkan xtvt nyayian dan lakonan .. kita nie org2 biasa nia .. cakap je berubah trapi still buat2 perkara2 yg menyakitkan hati ..

    dedah sana sini tapi bertudung huhuhuh sedih !

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss