KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.
Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.
Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.
Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
p/s : Selamat Pengantin Baru Salih Yaacob & Emi.. Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. dan pesanan untuk Abg Salih.. moga dpat berlaku adil diantara keempat² isteri.. yer.. :)
Sumber : Cari.com






























Cantik isteri keempat salih yaakob ni..
ReplyDeleteamboi..gambar yg atas tu..muke senyum miang je..hahah
ReplyDeletenasib 4 je kuota..
ReplyDeletekalau lebih ..mahu pakcik tu
pulun lebih lagi...huhu
Jodoh...
ReplyDelete:)
BW sini. sudah suratan jodoh. moga perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat :)
ReplyDeleteem...
ReplyDeletecantik sungguh pelamin...
cantik lagi isterinya..
cantik emi ni..
ReplyDelete