Tahniah buat Adam AF dan Fiza Elite.. Selamat Pengantin Baru..
Akad Nikah yang simple dan menarik.. Tak de gossip tentang mereka
tup² nak nikah.. Sama cantik sama padan..
KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2013: Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.
Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.
Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.
Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.
Sumber dari : Murai.com dan gambar kredit : Cari.com

























tahniah buat depa!!
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
ReplyDeleteSemoga jodoh mereka berkekalan...
ReplyDeleteSyukurlah... ikatan yg sah telah dijalin.
ReplyDeleteWaa yahniah untuk mereks berdua...moga bahagia hingga ke jannah...anak fiza comelnyer...
ReplyDeleteMoga kekal bahagia. Adam dah banyak berubah ye. penampilan pun sejuk je mata memandang
ReplyDelete