Novel ini mengisahkan Daniel Arman yang terpaksa kahwin dengan Nina anak pembantu rumah yang telah diperkosa oleh abang kembarnya Danish Arham dan menyebabkan Nina dah termengandung 5 tahun dulu.
Oleh sebab perkara tak diingini.. Nina keguguran dan kerana tidak mahu menyusahkan Daniel Arman dia telah keluar dari rumah dan memasing buat hal memasing.
Satu hari tuh Syarikat Daniel Arham dan Syarikat dimana Nina bekerja telah berkabung dan masa ini laa Daniel dah terjumpa balik dengan Nina dan terjatuh cinta dengan isteri sendiri. Mula laa buat plan supaya Nina bekerja dengannya dengan menaikan pangkat dari setiausha menjadi PA kepada Daniel. Dengan cara ini Daniel dapat rapat dan cuba untuk memikat Nina semula. Maklum laa Nina sekarang lebih cantik dan cun dari dulu... So kalau korang nak tau citer selanjutnya.. sila laa beli buat koleksi yer..
Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..
Sinopsis.. ~
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
























alamak...kenapa lately byk novel yg best2??? arghhhh tidakkkkkkkk
ReplyDeleteLya dh lme x baca novel.. Bru2 ni j smpat khatam sbnarnya sy isteri dia.. Ni ada novel love u mr arrogant tp xde msa nk bacq
ReplyDeletebanyak betul koleksi novel akak yer..
ReplyDeletethat day pergi popular ada satu group yg dok asik citer ttg novel je... then ada sorang tu ckp.. "Aku nak pejam mata bila lalu kat sini , takut berjangkit penyakit ulat novel"..
terus T teringatkan akak tau.
nampak cam best aje hehehe
ReplyDeletekalo gi rak buku kat kedai2 buku...mak aii...rambang mata..
ReplyDelete